Monday, July 27, 2009
Al-Fatihah
anyways, kehidupan makin sempit.. byk benda unclear.. wedding kakak aku makin tiba which aku pun tak membuat persiapan yg rapi lagi.. tgh fikir dua toga kali untuk bersuka ria.. kerana kepenatan melanda.. haha
2 hari lepas, Malaysia kehilangan seorg yang sgt memberi nama kepada Malaysia.. Arwah Yasmin Ahmad.. Penerbit filem Sepet, Gubra, Talentime dan juga Mohksin.. terkejut dan perasaan tidak ingin berita ini menjadi reality wujud dlm perasaan aku.. tapi apakah daya, arwah mmg sudah tinggalkan dunia dan kembali kepadaNya.. Allah lebih menyayangi arwah daripada semua orang di atas dunia ini..
Pengebumian dilakukan pada 26/7/2009.. menurut Sazzy di Twitter, pelbagai bangsa datang memberi penghormatan terakhir bagi arwah Yasmin.. terbukti kerjayanya mmg memberi kesan kepada semua orang tidak kira kaum di Malaysia..
Pemergian arwah memang memberi kesan sedikit sebanyak dlm keluarga.. terutamanyer kakakku.. tetapi kehidupan tetap kena diteruskan.. memori hanya tinggal di ingatan.. dan memori itu juga yg akan mengajar kita menjadi kuat..
~Al-Fatihah~
Monday, July 13, 2009
2 weddings and an outing
1st event - Wedding Nadira & Haikal..
Wedding dilangsungkan di Dewan Komuniti Taman Tun.. yg berkahwin tue adalah senior aku WHICH aku samar2 ingat tapi aku redah jer pegi demi seseorg.. memandangkan aku dah janji dan ingin mencuci mata, maka aku dengan muka tak taw malunyer aku pegi..
Dengan tidak kusangka, aku jumpa lecturer aku (Mummy) di sana.. byk jugak update aku dpt bg pihak lecturer tengtang UiTM.. Mummy pun memanggil2 aku masuk balik belajar akan tetapi aku nk hold dulu atas sebab peribadi.. (peribadi la sgt!!)
Kenapa aku pergi crash in the first place pun aku tak sure.. Tapi tidak la crash memandangkan nama aku ada gak kat kad kawin Nadira tue..
Tema Pink putih.. Kerusi pelamin ala2 garden.. terdapat sangkar2 di pengiringan jalan.. tempat makanan adalah buffet dan terdapat cendol dan sebagainyer.. melihat gelagat orang2 tua di sana.. buat aku berfikir sejenak tentang perkahwinan kakak aku nanti.. banyak benar benda yg akan aku pikul hari tersebut.. 3 bulan lagi.. malas nk fikir!! hahahaha
Maka, dr wedding Nadira operasi kena mengena bermula.. tidak aku taw kenapa wujudnya operasi ini tapi aku sgt terpaksa control!!
Mak aiiii.. penatnyer bukan main... untuk pengetahuan, aku TIDAK memakai baju kurung untuk bermain bowling.. aku tuka baju dulu.. mentang2 umah sikit punya dekat.. hahaha.. yang pegi bermain bowling pun bersama rakan2 baru sebenarnyer (part of it)..
2 frame dan aku agak pancit.. tapi aku cuba mencontrolkan diri.. mmg tak boleh bla.. tapi aku mmg rushing memandangkan aku ada wedding di sebelah malam.. *pengsan*
Wedding berlansung di Dewan Felda.. dari dulu aku sungguh kagum akan keunikan dewan tersebut.. sgt besar dan siling dier berbintang apabila digelapkan lampu.. angan2 aku mmg ingin melangsungkan perkahwinan aku di dewan felda akan tetapi duitnyer mana?? maka, hanya mimpi.. haha..
Aku tak kenal pun org yg berkahwin mahupun keluarganyer.. wedding anak kawan bapak aku sebenarnyer.. juga tema garden.. mmg musim agaknya.. tetapi keunikannyer berbeza daripada wedding Nadira.. Memandangkan aku SANGAT ngantuk pada masa itu, aku sgt tidak memerhati apa yg berlaku.. akan tetapi gelagat keluarga buatkan aku berfikir tentang wedding kakak aku.. *pengsan lagi*
Terima kasih kepada semua yg terlibat.. drpd hati tak tenteram, kepada hari yg menyeronokan ari tersebut.. hahaha
Sunday, July 12, 2009
10 July 2009..
Seperti entry aku yg lepas.. aku seperti hyper dan tidak taw nk berkata apa.. Pegi makan bersama Abg Rijal, Abg Adzim & Farah.. Terima kasih sekargo kapal buat Farah kerana menunaikan janjinya.. huhu.. Kerenah abang2 aku tidak berubah seperti biasa.. Farah pun apa kurangnyer.. Tapi aku ngaku aku begitu senyap pada malam itu.. seperti lost.. aku rase begitu low self-esteem.. mungkin kerana mereka telah pun menghabiskan belajar mereka dan aku tidak.. Ingin bertanya tapi tidak taw bagaimana.. *ermm* agak susah aku nk gtaw apa sebenarnye bermain di fikiran aku.. biar ar.. huhu
Aku makan ayam yg aku pun tak ingat namanyer.. kenyang siut.. mana taknyer, makan kat Chillies.. *burp* ampun.. tidak patut aku mengeluarkan bunyi.. haha!
Kemudian berpindah di Rasta.. berlepak bersama mereka.. Mereka main kad dan seseorg sentiasa kalah.. dan dier memnaggil aku "Bad luck".. kekadang aku pelik betul luck aku nie kan.. tapi byk unsur mengena2kan malam itu.. Si dai pun kepala serabut dan muka seperti ingin makan org.. *pengsan* dan aku lah yg kena buat benda yg make sure semua gelak2 dah happy..
aku x larat nk tulis lebih2 ari nie..
Friday, July 10, 2009
On leave.. YEHAAA!!
ermm, office sgt hectic lately.. aku sangat penat.. semlm pun balik kul 830pm.. jemput kakak dan smpi umah tgk2 semua yg keluar sudah pun balik.. haha.. apa boleh aku ckp, anak2 Kambali yg suka berkerja..
Ari nie aku off day.. bangun pun lambat.. buat keja umah dan sangat penat.. aku keja jugak ok!!.. malam nk p jumpa abang2 kesayangan berserta org yg ingin membelanjakan kami semua *sweetnyer* kemudian jikalau sempat, masa berlepak bersama rakan2 lepak.. lama benar aku tak jumpa mereka.. hahaha
Hari mau hujan.. jam bilik aku mati.. bila la aku nk tanam nie.. haha.. ok, aku merapu.. sat lagi baru tulis betul2..
ada benda yg aku nk share tapi badan sakit2 a.. huhu..
Sunday, July 5, 2009
hungover
Aku penat nk mengharungi segala titian yg aku terpaksa harungi.. akan tetapi, siapa lagi nk harungi kalau bukan aku? aku tidak mungkin akan mengahrungi segala jalan jikalau ini bukan perjalanan hidup aku..
ok, aku merapu di pagi ahad.. mana taknyer, semlm menjadi hyper yg aku sendiri tidak taw hadnyer.. aku sudah lama tidak bersuka ria bersama kawan.. alhamdullilah, segala berjalan dgn lancar dan aku gembira atas pencapaian mereka..
esok hari baru untuk aku.. kerisauan bermula akan tetapi terpaksa melindungi org yg aku syg.. apakah daya, ini lah tugas aku..
Thursday, July 2, 2009
Current song in my head
SHANNON - BILA ENGKAU JAUH
Sedapnya hati
Tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari
tak bertemu
Macam selamanya
Rindukan ketawamu
Yang menyegarkanku
Aku terseksa dgn sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh
Aku bermimpi
Riang terbang
Pagi sampai senja
Cinta dihati
Sudah kembang
Utk engkau saja
Tido atau jaga
Rindu sentiasa
Aku terseksa
Dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh
Aku tak pernah bercinta
Sebaik terbalik seluruh duniaku
Hanya satu yg kupinta
Jgn tinggalkan aku
Aku merayu
Oh kekasih
Belailah hatiku
Bile kulayu
Lagi sedih
Curahlah kasihmu
kauDakaplah aku
senyumkan piluku
aku terseksa
dengan sendu
bila engkau jauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh
jika kau rasa
sepertiku
bila aku jauh
biarlah dua
jadi Satu
bersama selalu
hanya kau dan aku